Khamis, 10 April 2014

SET SELSEMA/RESDUNG/ALERGI/ASTHMA/ECZEMA





Assalamualaikum wrg wbrkt dan Salam Sejahtera:)


Apa khabar hari ni...moga sihat...

Saya agak kurang sihat sikit la minggu ni...mula demam diikuti dengan selsema....perubahan cuaca di negara 4 musim ni memag saya kena lalui la...Musim Bunga yang Indah Allah bagi ujian sikit untuk kita ingat kat dia....tapi masih meneruskan amalan memakan supplement untuk memberi lebih khasiat pada badan yang lemah...waktu x sihat makan pon jadi tak selera jadi dengan makan B-Complex ni boleh menambah tenaga dan selera untuk makan, Vita-C Plus ni membantu saya mengurangkan gejala selsema saya...bila selsema, demam datang saya akan patahkan vitamin C untuk cepatkan penyerapan vitamin C dalam badan...dan yang paling utama ALFALFA COMPLEX memang perlu makan alfalfa ni dah macam pengganti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk saya...dah lama tidak ke pasar membeli buah dan sayuran...makan ini adalah back up saya....


Mari saya kongsi khasiat 3 rakan Set Selsema/Resdung/Alergi/Asthma/Eczema ni ya...


330/700 tablets


Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis). Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen. 

walaupun comel stok untuk 4bulan ni

B Complex
Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

stok 2 bulan share dengan suami

Vitamin C
Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 

Jom kita baca sikit info tentang Resdung


Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung

Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


Punca Resdung

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 


Petua Mencegah Resdung


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 




“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit” 

Saya adalah pengedar sah Shaklee. Berminat untuk berkongsi pengalaman mengamalkan produk ini Jom hubungi saya:)



Dyan Health Care
sms:
email:rodan9381@gmail.com
fb:dyan health care

Tiada ulasan:

Catat Ulasan