Sabtu, 22 April 2017

Kak Tina Ratu Excema

Tugasan baru mak setelah 4bulan balik Malaysia dia tak dijangkiti excema...




Sang kak Tina ratu excema ok..

Kali ni mak An buat edisi siasat kalah Dr perubatan.

Rupanya dia mandi pool g kelas berenang balik dia lupa mandi bersih2.. dia bilas aja.. sabar aja la nak oiii...

Dah beberapa kali join kelas ok je kali ni excema..

Kakak Tina memang mak dah pernah perasan dulu bawa mandi pool di hotel balik kulit dia dahsyat teruk keluar alergik gatal2.

Dia alah dengan air pool.

Tapi dia suka sangat nak berenang.

Ok la bermula tambahan tugas mak An ok sapu excema dia..perlu sapu hari2 sehingga hilang.

Krim Herbal Blend dihasilkan daripada 4 jenis tumbuhan herba iaitu Daun Sage, Horge Chesnut , Yarrow dan Rosemary yang sememangnya digunakan secara tradisional untuk masalah berkaitan kulit dan melegakan kesakitan.


Daun Sage

Daun Sage atau nama saintifiknya Salvia officinalis adalah sejenis herba yang sering digunakan di dalam masakan. Daun ini juga sering digunakan sebagai pembasmi kuman dan juga jangkitan. Daun sage turut mengandungi astringen yang membantu dalam mengecutkan liang luka yang terbuka. Ia juga memberi kesan kelegaan dan digunakan untuk menyembuhkan ulser.

Horse Chesnut

Tumbuhan ini mengandungi sebatian aescin yang merupakan agen antiradang dan memberi kesan kelegaan apabila digunakan. Ianya digunakan bagi menyelesaikan masalah sendi atau urat.

Yarrow
Tumbuhan ini bukan sahaja boleh dimakan sebagai salad tetapi banyak digunakan secara tradisional bagi mengubati demam, selsema dan ketidakselesaan perut. Ia juga sangat  bagus untuk masalah ruam dan penyembuhan luka. Malah di sesetengah tempat tumbuhan ini dikunyah untuk melegakan sakit pada gigi.

Rosemary
Tumbuhan ini juga sering digunakan sebagai herba di dalam masakan. Ianya amat dikenali sebagai agen antiradang, anti alergi, anti kulat dan antiseptik. Ianya juga banyak digunakan dalam merawat masalah kulit seperti gigitan serangga, ekzema dan sering digunakan untuk penyembuhan luka.

Banyakkan kegunaan herbal yang ada dalam setiub Herbal Blend. Maka tidak hairan sehingga 1tahap herbal blend ni ada 3 tiub di rumah ni 1 untuk kakak 1untuk adik standby di taska dan 1 untuk mak bawa di pejabat nak sapu tangan tumit kembung angin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan