Memaparkan catatan dengan label Chew Vita-C Plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chew Vita-C Plus. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2014

Vitamin C-Chewable Vita-C Plus baik semasa influenza

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Mencari vitamin C untuk kanak-kanak. Shaklee ada cadangan vitamin C ini amat digemari oleh Dyan.

Setelah mengamalkannya alhamdulilah dengan izin Allah selesama, batuk sudah beransur pulih.







Kebaikan vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.




Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama dengan Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!


  1. Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  2. Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  3. Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  4. Meningkatkan sistem imun tubuh
  5. Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  6. Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  7. Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  8. Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  9. 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  10. Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 



Keistimewaan Chewable Vita C

  1. Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  2. Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  3. Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
  4. Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga




Vitamin C Mudah Rosak disebabkan:
  1. Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  2. Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  3. Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan



Keperluan Vitamin C dalam badan kita:
  1. Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  2. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  3. Menguatkan struktur gigi dan gusi
  4. Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  5. Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  6. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  7. Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  8. Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  9. Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  10. Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  11. Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  12. Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  13. Membantu dalam proses pemulihan kudis
  14. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  15. Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.






Berminat sila hubungi:)

Dyan Shaklee
sms/whatApp
0192975492/818051009381
email
rodan9381@gmail.com
FB
dyan_vs_andy@yahoo.com


Isnin, 10 Februari 2014

Chew Vita-C Plus (100mg)

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Selsema,batuk,demam....datang lagi. Apa kata kita tambahkan vitamin c dalam diet harian bagi membantu penyembuhan dalam meningkatkan imunisasi badan dalam menentang penyakit.

Chew Vita-C Plus (100mg)



Supplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural – termasuklah Vitamin C.

Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!

Dan, tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti Vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

Sememangnya Vitamin C Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Semuanya natural!





Manfaat utama Vitamin C keluaran Shaklee:
a) Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
b) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
c) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
d) Memerangi Kanser
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
e) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
f) Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
g) Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi




Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka bertukar lah kepada Vita-C Shaklee! Cepat dapatkan Chew Vita-C Plus (100mg) 300 biji sekarang, sementara stok masih ada. Chew Vita-C Plus (100mg) juga mempunyai khasiat dan fungsi yang sama. Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama cuma Chew Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder, juga salah satu sumber Vitamin C yang hebat. Ia juga dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Anda juga boleh menggunakan ID saya untuk menikmati harga ahli di mana-mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia.


Berminat dengan produk sila hubungi SID




Sms/whatApp

Dyan Health Care

0139399831 (Melaka,Malaysia)

+818051009381 (Nagoya,Jepun)

Id:1110254