Rabu, 19 Mac 2014

Khasiat Tea untuk Detok & Set Slimming-Cinch™ Energy Tea Mix & Cinch Shake Mix

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera:)

Apa khabar pembaca blog yang dikasihi:)...
Moga sihat lah hendaknya..insya-Allah..
Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang amalan minuman saya sepanjang mula duduk di Jepun ni.
Saya diperkenalkan oleh suami akan amalan masyarakat Jepun yang mengemari teh hijau (Ocha).
Pergilah ke kedai sushi, udon, suba, unagi, maguro karagee bahkan restoran piza dan turkish.
Mereka akan menjadikan teh hijau ini sebagai minuman utama selain air kosong/air putih.
Di bawah adalah antara koleksi teh yang mesti ada di rumah saya.

Ayoh kita tengok jenis-jenis tea seperti di bawah

Kesemua jenis teh (teh hitam, teh oolong, teh hijau) adalah daripada jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya.
Semenjak 4000 tahun selepas penemuan teh, ia merupakan minuman kedua paling banyak diminum di dunia selepas air kosong. Ia dikaitkan dengan pelbagai mitos, lagenda, sejarah peradaban dunia mahupun peperangan. Ia merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan menjadi antara kegemaran penduduk dunia tidak kira budaya, bangsa mahupun agama. Seperti yang nyatakan sebentar tadi, ketiga-tiga jenis teh tersebut berasal daripada pohon yang sama.

Tetapi apakah yang membezakannya ?
Pemprosesannya yang membuatkan ia berbeza antara kandungan antiokxidannya, rasa, warna dan bau.

Teh hitam bewarna lebih gelap dan coklat, aromanya lebih harum dan rasanya lebih sedap. Ia merupakan jenis teh yang paling banyak dinikmati oleh manusia. Banyak yang boleh didapati di pasaraya.


Teh oolong pula lebih terkenal dan dinikmati oleh masyarakat Cina terutama mereka yang berusia. Teh ini yang menjadi titik permulaan kepada pengenalan teh sebagai minuman komersial dunia apabila Mahraja China yang ketika itu, sedang duduk berehat dibawah sebuah pohon sambil menikmati minuman baginda, tiba-tiba sehelai daun teh jatuh ke dalam cawan baginda, dan dari situlah baginda jatuh cinta terhadap teh malah menjadikannya sebagai minuman rasmi kerabat diraja berabad lamanya. Teh ini bewarna kurang gelap, seakan-akan perang dan rasanya sedikit pahit.


Seterusnya, teh hijau, jenis teh paling terkenal di Jepun dan Korea. Sebut sahaja Jepun, pasti teh hijau menjadi ingatan. Teh ini benar-benar bewarna hijau seperti daun teh. Berbau agak payau dan rasanya yang pahit. Tetapi, ia sebenarnya mengandungi lebih banyak antioksidan dan lebh bermanfaat walaupun dalam satu cawan. Ini menjelaskan mengapa masyarakat Jepun lebih kurang terdedah kepada penyakit, memiliki kulit yang sangat cantik dan sangat fokus terhadap kerja harian mereka. Mereka juga awet muda dan  kurang mendapat kanser berbanding kaum lain di dunia.


Tahukah anda Penduduk dunia yang paling panjang umur ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun. Di Okinawa, didapati 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi usia 100 tahun. Lebih ajaib amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan Alzheimer. Apakah rahsia mereka?
Jawapannya : Antara minuman asasi mereka di panggil ‘ocha’. Apa ‘bende’ tu? Itulah TEH HIJAU.




Antara kebaikan lain teh hijau ialah :

Proses Pembuatan Teh Hijau : Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.

Teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi

Apakah komposisi utama yang sangat berkuasa di dalam teh hijau ?
Jawapannya terletak di dalam struktur kimia teh itu sendiri. Antara bahan-bahan yang boleh ditemui di dalam teh hijau ialah phenol dan asid organik lain. Namun, phenol merupakan kumpulan antioksidan terkuat yang di temui di dalam teh hijau dan jenis phenol yang ditemui ialah Catechin. Catechin juga mempunyai beberapa isomer, yakni jenis-jenis tersendiri, iaitu epicatechin (EC), epigallocatechin (EGC),epicatechin gallate (ECG), and epigallocatechin gallate (EGCG)

Maka tidak hairanlah masyarakat Jepun kurang mendapat penyakit dan memiliki kulit yang sangat cantik dan bersih kerana walaupun mereka tinggal di negara empat musim, tetapi kadar kelembapan yang tidak stabil boleh menjadikan kulit lebih cepat kering dan ketika musim panas, selar matahari atau sunburn boleh berlaku lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang kurang melanin seperti masyarakat Jepun. Namun, ajaibnya, kulit mereka masih kelihatan seperti biasa. Mengapa ini berlaku? Sebuah kaji selidik dilakukan di Jepun mendapati mereka menjadikan teh hijau sebagai minuman utama harian mereka selepas air kosong. Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, teh hijau dipelbagaikan dalam pelbagai perisa, bungkusan dan rasa. Mereka menjual minuman ini seperti air mineral yang sangat mudah diperolehi di kedai-kedai, kafe, pasaraya dan sebagainya!!!

1) Mampu menurunkan berat badan. Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan. Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis, pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.

2) Menurunkan tahap gula dalam darah. Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah. Ini baik bagi pesakit diabetes.

3) Mencegah kanser.Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

4) Membantu mengurangi kadar kolesterol jahat (LDL)Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan mengapa kebiasaan meminum teh hijau berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung.

5) Mencegah osteoporosis. Penyelidik di Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.

6) Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun terhadap bakteria dan virus.

7) Mencegah keracunan makanan. Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. 

8) Membantu mengawal tekan darah tinggi. Serta banyak lagi manfaat meminum the hijau. Pembaca boleh ‘search’ di google untuk maklumat lebih lanjut. Rasanya agak sedikit pahit dan elok tidak dicampurkan dengan gula atau susu untuk keaslian khasiat dan rasanya. Sememangnya dalam kepahitan itulah Allah letakkan rahsia kemujaraban minuman ini. bak kata orang tua- tua..."Yang pahit itulah ubat" tapi percayalah kata saya ini, bila anda dh biasa minum air teh hijau ni, rasa pahit tu akan jadi biasa ibarat kita minum teh biasa... Paling best teh ni tiada apa apa bahan yg berbahaya... 

Tetapi, dalam kalangan kita, ada yang mengetahui bahawa teh juga mengandungi kafein. Walaupun ia hanya separuh daripada secawan kopi, tetapi ramai yang takut untuk meminumnya. Kerana mereka berasakan bahawa kafein di dalamnya akan memberi kesan buruk terutama kepada sesiapa yang tidak suka kafein dan kopi. Anda jangan takut kerana teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi Theanine, sejenis bahan yang didatangkan bersama dengan catechin. Ia sangat unik kerana kopi tidak mengandungi Theanine.

Theanine berfungsi dalam menjadikan otak lebih mudah tertumpu dan fokus apabila melakukan sesuatu dan mengurangkan kesan kafein. Ia menjadikan tubuh lebih tenang dan oleh itu, sesuai diambil ketika tidur kerana ia merangsangkan tubuh untuk lebih berehat tetapi fokus. Maka tidak hairanlah, sesiapa yang mengambil teh hijau sebelum tidur, mereka akan berasa lebih segar dan tidur yang lebih nyenyak. Ini kerana, Theanine mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood brain Barrier, BBB ) dan bertindak di saraf otak tetapi secara lembut, tidak seperti kafein yang mengacu terus saraf otak.
Tetapi, dalam kalangan kita, ada yang mengetahui bahawa teh juga mengandungi kafein. Walaupun ia hanya separuh daripada secawan kopi, tetapi ramai yang takut untuk meminumnya. Kerana mereka berasakan bahawa kafein di dalamnya akan memberi kesan buruk terutama kepada sesiapa yang tidak suka kafein dan kopi. Anda jangan takut kerana teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi Theanine, sejenis bahan yang didatangkan bersama dengan catechin. Ia sangat unik kerana kopi tidak mengandungi Theanine. 

Theanine berfungsi dalam menjadikan otak lebih mudah tertumpu dan fokus apabila melakukan sesuatu dan mengurangkan kesan kafein. Ia menjadikan tubuh lebih tenang dan oleh itu, sesuai diambil ketika tidur kerana ia merangsangkan tubuh untuk lebih berehat tetapi fokus. Maka tidak hairanlah, sesiapa yang mengambil teh hijau sebelum tidur, mereka akan berasa lebih segar dan tidur yang lebih nyenyak. Ini kerana, Theanine mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood brain Barrier, BBB ) dan bertindak di saraf otak tetapi secara lembut, tidak seperti kafein yang mengacu terus saraf otak.


Cinch™ Energy Tea Mix
 Body Perfector Set
Cinch Energy Tea Mix – Tingkatkan Tenaga AndaTeh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi.

  • Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
  • Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
  • Peningkatan tenaga segera.
  • Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  •  Kod Produk 20345 – 28 sticks
KEBAIKAN dan KHASIAT Teh Putih, Teh Merah dan Teh Hijau

1. Rendah Kandungan Kafein (Teh Putih)
2. Tinggi AntiOksidan
3. Mencegah Kanser
4. Bantu rendahkan tekanan darah tinggi
5. Mengurangkan kolestrol
6. Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
7. Menguatkan tulang
8. Antibakteria dan antiviral
9. Menggalakkan kulit yang sihat
10. Mengurangkan gula dalam darah. Bantu kurangkan gejala kencing manis
11. Meningkatkan metabolisme dan menggalakkan badan untuk membakar lebih banyak lemak
12. Baik untuk pencernaan .boleh mengelakkan cirit birit
13. Bantu lawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan.


Cinch Shake Mix

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina

  • Bebas Laktos
  • Rendah glisemik
  • Soya Bukan-GMO
  • Cinch Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
  • Diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas
  • Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
  • Kod Produk:
  • 17023   (Cafe Latte)
  • 17021   (Vanilla)
  • 17022   (Chocolate)
  • 20345   (Cinch Energy Tea Mix)
Berikut, 16 kelebihan & kebaikan Cinch Shake :


1. Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
2. Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan
3.Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
4. Meningkatan metabolisme badan
5. Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
6. Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
7. Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
8. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
9. Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
10. Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
11. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
12. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
13. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
14. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
15. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
16. Soya bukan GMO





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*




Berminat dengan produk boleh hubungi SID








Dyan Health Care
sms/whatApp:
0192975492/818051009381
email:rodan9381@gmail.com
fb:dyan_vs_andy@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan